Definisi
kesalahan bahasa ialah kesalahan yang kerap kali dilakukan dalam membuat sesuatu
ayat. Kesalahan dari segi tatabahasa ini merangkumi kesalahan pembentukan kata,
penggabungan kata, penyusunan ayat, ejaan, dan kesalahan-kesalahan bahasa lain seperti
penggunaan kata kerja, kata nama, dan yang seumpamanya.
Ejaan adalah salah satu daripada
komponen penting dalam pembentukan ayat bahasa Melayu. Perkataan-perkataan
bahasa Melayu yang kadang kala dipinjam dari bahasa asing menyebabkan wujudnya kekeliruan
dalam pembentukan ejaan. Selain itu, kesalahan ejaan juga mungkin berlaku
akibat kecuaian penulis sehingga mengakibatkan sesuatu ayat menjadi tidak
bermakna lagi. Contoh kesalahan ejaan yang terdapat dalam petikan yang saya
pilih adalah seperti berikut:
·
Ayat
dalam petikan: Setiap aliran Buddha berpegang kepada Tripitaka sebagai rujukan
utama karena dalamnya tercatat sabda dan ajaran
sang hyang Buddha Gautama.
è
Perkataan
yang betul ialah kerana.
·
Ayat
dalam petikan: Pengikut-pengikutnya kemudian mencatat dan mengklasifikasikan
ajarannya dalam 3 buku yaitu Sutta Piṭaka
(kotbah-kotbah Sang Buddha), Vinaya Piṭaka (peraturan atau tata tertib para
bhikkhu) dan Abhidhamma Piṭaka (ajaran hukum metafisika dan psikologi).
è
Perkataan
yang betul ialah iaitu.
·
Ayat
dalam petikan: Konsep ketuhanan dalam agama Buddha berbeda
dengan konsep dalam agama Samawi dimana alam semesta diciptakan oleh
Tuhan dan tujuan akhir dari hidup manusia adalah kembali ke surga ciptaan Tuhan yang kekal.
è
Perkataan
yang betul ialah berbeza, dan syurga.
·
Ayat
dalam petikan: Ungkapan di atas adalah pernyataan dari Sang Buddha yang
terdapat dalam Sutta Pitaka, Udana VIII : 3, yang merupakan konsep Ketuhanan
Yang Mahaesa dalam agama Buddha.
è
Perkataan
yang betul ialah Maha Esa.
·
Ayat
dalam petikan: Sebagai mana agama Islam dan Kristen ajaran Buddha juga menjunjung tinggi
nilai-nilai kemoralan.
è
Perkataan
yang betul ialah sebagaimana dan Kristian.
·
Ayat
dalam petikan: Jadi, kamma berarti semua jenis
kehendak (cetana), perbuatan yang baik maupun
buruk/jahat, yang dilakukan oleh jasmani (kaya), perkataan (vaci) dan pikiran (mano), yang baik (kusala) maupun yang jahat (akusala).
è
Perkataan
yang betul ialah bererti, mahupun, dan fikiran.
Tanda
baca merujuk kepada tanda-tanda yang terdapat di dalam ayat bertujuan
membantu para pembaca untuk membaca sesuatu ayat dengan betul. Tanda baca
yang terdapat dalam tatabahasa bahasa Melayu termasuk tanda titik, tanda koma,
tanda seru, tanda soal,dan sebagainya. Tanda koma diletakkan dalam sesuatu ayat
sebagai tanda jeda,atau tempat perhentian sebentar. Tanda koma perlu diletakkan
bagi menunjukkan tempat perhentian sebentar apabila ayat ini dibaca. Sekiranya
tanda koma tidak diletakkan,ayat ini akan menjadi satu ayat yang meleret. Contoh kesalahan tanda baca yang
terdapat dalam petikan yang saya pilih adalah seperti berikut:
·
Ayat
dalam petikan: Untuk mencapai itu pertolongan dan
bantuan pihak lain tidak ada pengaruhnya.
è
Ayat
yang betul ialah perlu meletakkan tanda koma di antara perkataan itu dan
perkataan pertolongan à
Untuk mencapai itu, pertolongan dan bantuan pihak lain tidak ada pengaruhnya.
Dalam
bahasa Melayu, terdapat beberapa bentuk kata yang berfungsi sebagai imbuhan
awalan. Misalnya, juru-, tata-, maha-,
pra-, dan seumpamanya. Dari aspek makna, juru- mendukung penanda makna ahli atau orang yang terlibat secara
langsung dengan maksud pekerjaan dalam kata dasar. Awalan tata- pula bermaksud peraturan, susunan atau sistem. Awalan maha- membawa maksud besar atau
tertinggi. Imbuhan awalan jenis ini harus digabungkan dengan kata dasar, tidak
boleh dipisahkan. Contoh kesalahan
imbuhan awalan yang terdapat dalam petikan yang saya pilih adalah seperti
berikut:
·
Ayat
dalam petikan: Pengikut-pengikutnya kemudian mencatat dan mengklasifikasikan
ajarannya dalam 3 buku yaitu Sutta Piṭaka (kotbah-kotbah Sang Buddha), Vinaya
Piṭaka (peraturan atau tata tertib para bhikkhu)
dan Abhidhamma Piṭaka (ajaran hukum metafisika dan psikologi).
è
Perkataan
yang betul ialah tatatertib (digabungkan).
·
Ayat
dalam petikan: Buddha hanya merupakan contoh, juru
pandu, dan guru bagi makhluk yang perlu melalui jalan mereka sendiri….
è
Perkataan
yang betul ialah jurupandu (digabungkan).
Apabila
awalan ber- bergabung dengan
perkataan yang konsonan awanya diikuti oleh -er,
misalnya derma, maka r dalam awalan ber- tidak gugur. Tetapi perkataan kerja
yang ditulis dengan bekerja, r
digugurkan, adala sebagai satu berkecualian. Tetapi dalam petikan yang saya
carikan, melakukan kesalahan ini.
·
Ayat dalam petikan: … merupakan salah satu hukum alam yang
berkerja berdasarkan prinsip sebab akibat.
è
Perkataan
yang betul ialah bekerja.
Imbuhan
awalan di- ialah awalan yang
digabungkan tidak boleh dipisahkan) dengan kata dasar untuk membentuk kata
kerja pasif bagi ayat yang subjek asalnya terdiri daripada pelaku yang ketiga. Misalnya
disapu, ditulis dan lain-lain. Tetapi dalam petikan yang saya carikan,
melakukan kesalahan ini.
·
Ayat
dalam petikan: Setelah itu ajaran-ajaran ini di tulis
dan disahkan oleh sidang.
è
Perkataan
yang betul ialah ditulis (digabungkan).
Kata
kerja majmuk terdiri daripada rangkaian dua morfem bebas atau lebih. Dalam bahasa
Melayu, kebanyakan kata majmuk terdiri daripada golongan kata nama. Tetapi terdapat
juga kata majmuk yang terdiri daripada kata kerja, seperti satu padu, campur
aduk dan lain-lain. Apabila kata majmuk ini menerima awalan, kata dasarnya
tetap dieja berpisah, tetapi apabila menerima apitan, kata dasarnya ditulis
bercantum. Misalnya bersatu padu dan menyatupadukan. Tetapi dalam petikan yang
saya carikan, telah melakukan kesalahan ini.
·
Ayat
dalam petikan: Perbedaan konsep tentang Ketuhanan ini perlu ditekankan di sini,
sebab masih banyak umat Buddha yang mencampur-adukkan
konsep Ketuhanan….
è
Perkataan
yang betul ialah mencampuradukkan.
Kata
sendi nama dari digunakan di hadapan
kata nama atau frasa sendi nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu. Tetapi
dalam petikan yang saya carikan melalukan kesalahan penggunaan kata sendi nama dari.
·
Theravada
berasal dari bahasa Pali yang terdiri dari dua
kata yaitu thera dan vada.
è
Kata
sendi nama yang betul ialah daripada.
Bagus dan isinya sangat lengkap..terima kasih
BalasPadamPejelasan yang jelas dengan contoh yang tepat.
BalasPadamIsi yang sesuai dan ditambah dengan penjelasan yang jelas..terima kasih..
BalasPadamAnalisis kesalahan bahasa yang jelas dan lengkap berdasarkan petikan.
BalasPadamIsi analsis kelsalahan bahasa padat dan jelas.
BalasPadamKesalahan bahasa dianalisis dengan jelas.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamAnalisis kesalahan tatabahasa yang amat lengkap dan jelas. Contoh yang diberi selaras dengan petikan.
BalasPadam