Khamis, 24 September 2015

analisis kesalahan bahasa



Definisi kesalahan bahasa ialah kesalahan yang kerap kali dilakukan dalam membuat sesuatu ayat. Kesalahan dari segi tatabahasa ini merangkumi kesalahan pembentukan kata, penggabungan kata, penyusunan ayat, ejaan, dan kesalahan-kesalahan bahasa lain seperti penggunaan kata kerja, kata nama, dan yang seumpamanya.
Ejaan adalah salah satu daripada komponen penting dalam pembentukan ayat bahasa Melayu. Perkataan-perkataan bahasa Melayu yang kadang kala dipinjam dari bahasa asing menyebabkan wujudnya kekeliruan dalam pembentukan ejaan. Selain itu, kesalahan ejaan juga mungkin berlaku akibat kecuaian penulis sehingga mengakibatkan sesuatu ayat menjadi tidak bermakna lagi. Contoh kesalahan ejaan yang terdapat dalam petikan yang saya pilih adalah seperti berikut:
·      Ayat dalam petikan: Setiap aliran Buddha berpegang kepada Tripitaka sebagai rujukan utama karena dalamnya tercatat sabda dan ajaran sang hyang Buddha Gautama.
è Perkataan yang betul ialah kerana.
·      Ayat dalam petikan: Pengikut-pengikutnya kemudian mencatat dan mengklasifikasikan ajarannya dalam 3 buku yaitu Sutta Piṭaka (kotbah-kotbah Sang Buddha), Vinaya Piṭaka (peraturan atau tata tertib para bhikkhu) dan Abhidhamma Piṭaka (ajaran hukum metafisika dan psikologi).
è Perkataan yang betul ialah iaitu.
·      Ayat dalam petikan: Konsep ketuhanan dalam agama Buddha berbeda dengan konsep dalam agama Samawi dimana alam semesta diciptakan oleh Tuhan dan tujuan akhir dari hidup manusia adalah kembali ke surga ciptaan Tuhan yang kekal.
è Perkataan yang betul ialah berbeza, dan syurga.
·      Ayat dalam petikan: Ungkapan di atas adalah pernyataan dari Sang Buddha yang terdapat dalam Sutta Pitaka, Udana VIII : 3, yang merupakan konsep Ketuhanan Yang Mahaesa dalam agama Buddha.
è Perkataan yang betul ialah Maha Esa.
·      Ayat dalam petikan: Sebagai mana agama Islam dan Kristen ajaran Buddha juga menjunjung tinggi nilai-nilai kemoralan.
è Perkataan yang betul ialah sebagaimana dan Kristian.
·      Ayat dalam petikan: Jadi, kamma berarti semua jenis kehendak (cetana), perbuatan yang baik maupun buruk/jahat, yang dilakukan oleh jasmani (kaya), perkataan (vaci) dan pikiran (mano), yang baik (kusala) maupun yang jahat (akusala).
è Perkataan yang betul ialah bererti, mahupun, dan fikiran.
Tanda baca merujuk kepada tanda-tanda yang terdapat di dalam ayat bertujuan membantu para pembaca untuk membaca sesuatu ayat dengan betul. Tanda baca yang terdapat dalam tatabahasa bahasa Melayu termasuk tanda titik, tanda koma, tanda seru, tanda soal,dan sebagainya. Tanda koma diletakkan dalam sesuatu ayat sebagai tanda jeda,atau tempat perhentian sebentar. Tanda koma perlu diletakkan bagi menunjukkan tempat perhentian sebentar apabila ayat ini dibaca. Sekiranya tanda koma tidak diletakkan,ayat ini akan menjadi satu ayat yang meleret. Contoh kesalahan tanda baca yang terdapat dalam petikan yang saya pilih adalah seperti berikut:
·      Ayat dalam petikan: Untuk mencapai itu pertolongan dan bantuan pihak lain tidak ada pengaruhnya.
è Ayat yang betul ialah perlu meletakkan tanda koma di antara perkataan itu dan perkataan pertolongan à Untuk mencapai itu, pertolongan dan bantuan pihak lain tidak ada pengaruhnya.
Dalam bahasa Melayu, terdapat beberapa bentuk kata yang berfungsi sebagai imbuhan awalan. Misalnya, juru-, tata-, maha-, pra-, dan seumpamanya. Dari aspek makna, juru- mendukung penanda makna ahli atau orang yang terlibat secara langsung dengan maksud pekerjaan dalam kata dasar. Awalan tata- pula bermaksud peraturan, susunan atau sistem. Awalan maha- membawa maksud besar atau tertinggi. Imbuhan awalan jenis ini harus digabungkan dengan kata dasar, tidak boleh dipisahkan. Contoh kesalahan imbuhan awalan yang terdapat dalam petikan yang saya pilih adalah seperti berikut:
·      Ayat dalam petikan: Pengikut-pengikutnya kemudian mencatat dan mengklasifikasikan ajarannya dalam 3 buku yaitu Sutta Piṭaka (kotbah-kotbah Sang Buddha), Vinaya Piṭaka (peraturan atau tata tertib para bhikkhu) dan Abhidhamma Piṭaka (ajaran hukum metafisika dan psikologi).
è Perkataan yang betul ialah tatatertib (digabungkan).
·      Ayat dalam petikan: Buddha hanya merupakan contoh, juru pandu, dan guru bagi makhluk yang perlu melalui jalan mereka sendiri….
è Perkataan yang betul ialah jurupandu (digabungkan).
Apabila awalan ber- bergabung dengan perkataan yang konsonan awanya diikuti oleh -er, misalnya derma, maka r dalam awalan ber- tidak gugur. Tetapi perkataan kerja yang ditulis dengan bekerja, r digugurkan, adala sebagai satu berkecualian. Tetapi dalam petikan yang saya carikan, melakukan kesalahan ini.
·      Ayat dalam petikan: … merupakan salah satu hukum alam yang berkerja berdasarkan prinsip sebab akibat.
è Perkataan yang betul ialah bekerja.
Imbuhan awalan di- ialah awalan yang digabungkan tidak boleh dipisahkan) dengan kata dasar untuk membentuk kata kerja pasif bagi ayat yang subjek asalnya terdiri daripada pelaku yang ketiga. Misalnya disapu, ditulis dan lain-lain. Tetapi dalam petikan yang saya carikan, melakukan kesalahan ini.
·      Ayat dalam petikan: Setelah itu ajaran-ajaran ini di tulis dan disahkan oleh sidang.
è Perkataan yang betul ialah ditulis (digabungkan).
Kata kerja majmuk terdiri daripada rangkaian dua morfem bebas atau lebih. Dalam bahasa Melayu, kebanyakan kata majmuk terdiri daripada golongan kata nama. Tetapi terdapat juga kata majmuk yang terdiri daripada kata kerja, seperti satu padu, campur aduk dan lain-lain. Apabila kata majmuk ini menerima awalan, kata dasarnya tetap dieja berpisah, tetapi apabila menerima apitan, kata dasarnya ditulis bercantum. Misalnya bersatu padu dan menyatupadukan. Tetapi dalam petikan yang saya carikan, telah melakukan kesalahan ini.
·      Ayat dalam petikan: Perbedaan konsep tentang Ketuhanan ini perlu ditekankan di sini, sebab masih banyak umat Buddha yang mencampur-adukkan konsep Ketuhanan….
è Perkataan yang betul ialah mencampuradukkan.
Kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa sendi nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu. Tetapi dalam petikan yang saya carikan melalukan kesalahan penggunaan kata sendi nama dari.
·      Theravada berasal dari bahasa Pali yang terdiri dari dua kata yaitu thera dan vada.
è Kata sendi nama yang betul ialah daripada.

8 ulasan:

  1. Bagus dan isinya sangat lengkap..terima kasih

    BalasPadam
  2. Pejelasan yang jelas dengan contoh yang tepat.

    BalasPadam
  3. Isi yang sesuai dan ditambah dengan penjelasan yang jelas..terima kasih..

    BalasPadam
  4. Analisis kesalahan bahasa yang jelas dan lengkap berdasarkan petikan.

    BalasPadam
  5. Isi analsis kelsalahan bahasa padat dan jelas.

    BalasPadam
  6. Kesalahan bahasa dianalisis dengan jelas.

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. Analisis kesalahan tatabahasa yang amat lengkap dan jelas. Contoh yang diberi selaras dengan petikan.

    BalasPadam